Sejak label underground ini ditubuhkan,banyak perkhidmatan mereka yang harus dikenang oleh penggemar muzik metal tempatan.Banyak liku yang telah mereka tempuhi untuk menaikkan taraf muzik underground dihati pendengar-pendengar yang sukakan muzik keras.Nebiula production telah meninggalkan beberapa produk yang harus dimiliki kerana ada diantaranya adalah hasil kreativiti dan originaliti yang mengagumkan.Misi perjuangan Nebiula Production yang utama ialah membantu kumpulan-kumpulan underground tempatan.Dalam penulisan yang lepas,saya menulis tentang sejarah penubuhan Nebiula Production dan pada bahagian kedua ini dibicarakan pula produk-produk mereka yang memberi erti dan kesan dihati pendengar yang tahu menyelami intipati sesebuah muzik.
SIL KHANNAZ (PENDITA GILA ALBUM MINI 1995)
Ini adalah produk pertama Nebiula Production pada tahun 1995 iaitu ditengah-tengah kemelesetan muzik metal dan sedikit menjunam akibat dari muzik alternative yang mula mengubah peredaran muzik semasa.Pada mulanya tajuk asal album mini ini ialah EASTERN BARBARIC SKULLCRUSHER tetapi disaat akhir diubah kepada PENDITA GILA.Album ini hanya menampilkan dua orang sahaja anggota asal SIL KHANNAZ sahaja selepas pengunduran anggota lama mereka seperti Tom Decibel dan Joe Slaughter.
PENDITA GILA adalah sebuah karya yang dinantikan kerana album pertama mereka Conception Of Madness adalah antara nukilan terhebat dari SIL KHANNAZ,tambahan pula ketika itu hanya mereka yang masih bertahan kerana kebanyakan kumpulan veteran Death Metal seperti Silent Death,Senseless atau Braindead telah berpecah manakala kumpulan seperti Infectious Maggots dan Suffercation telah pergi ke dimensi lain dengan corak muzik yang berlainan dari permulaanya.
Perubahan muzik dan imej dapat dilihat melalui PENDITA GILA tetapi konsep muzik death metal masih dikekalkan.PENDITA GILA telah dikeluarkan semula dalam bentuk cd dan kaset,disatukan bersama demo kedua mereka ASSASSIN LED BY BLASPHEMY dalam sesebuah album terhad.Pada awal tahun ini ianya dikeluarkan lagi untuk kali ketiga dengan album dan tambahan dua lagu bonus yang diremix semula iaitu Sinner Burning yang dipetik dari album pertama CONCEPTION OF MADNESS (1993) dan lagu Bara Pawaka dari album terbaru mereka Bara Pawaka.
Ini adalah produk pertama Nebiula Production pada tahun 1995 iaitu ditengah-tengah kemelesetan muzik metal dan sedikit menjunam akibat dari muzik alternative yang mula mengubah peredaran muzik semasa.Pada mulanya tajuk asal album mini ini ialah EASTERN BARBARIC SKULLCRUSHER tetapi disaat akhir diubah kepada PENDITA GILA.Album ini hanya menampilkan dua orang sahaja anggota asal SIL KHANNAZ sahaja selepas pengunduran anggota lama mereka seperti Tom Decibel dan Joe Slaughter.
PENDITA GILA adalah sebuah karya yang dinantikan kerana album pertama mereka Conception Of Madness adalah antara nukilan terhebat dari SIL KHANNAZ,tambahan pula ketika itu hanya mereka yang masih bertahan kerana kebanyakan kumpulan veteran Death Metal seperti Silent Death,Senseless atau Braindead telah berpecah manakala kumpulan seperti Infectious Maggots dan Suffercation telah pergi ke dimensi lain dengan corak muzik yang berlainan dari permulaanya.
Perubahan muzik dan imej dapat dilihat melalui PENDITA GILA tetapi konsep muzik death metal masih dikekalkan.PENDITA GILA telah dikeluarkan semula dalam bentuk cd dan kaset,disatukan bersama demo kedua mereka ASSASSIN LED BY BLASPHEMY dalam sesebuah album terhad.Pada awal tahun ini ianya dikeluarkan lagi untuk kali ketiga dengan album dan tambahan dua lagu bonus yang diremix semula iaitu Sinner Burning yang dipetik dari album pertama CONCEPTION OF MADNESS (1993) dan lagu Bara Pawaka dari album terbaru mereka Bara Pawaka.
AS SAHAR (MEDITATION EMBUN PAGI 1996)
Tidak perlu diragui jika ini adalah karya terhebat As-Sahar.Melalui produk ini mereka seperti telah mendapat identiti sendiri melalui konsep As-Sahar yang bersifatkan kemelayuan/timur,imej Black Metal mangikuti kumpulan-kumpulan senegara dengan mereka (Singapura) seperti Abhorer dan Impiety serta muzik Black Metal mereka yang bermelodi,agresif dan teknikal.Berbeza dengan arah kumpulan-kumpulan Black Metal dari asia tenggara ketika itu hanya lebih meniru stail Balck Metal dari Norway atau Greece tampa memikirkan untuk mengetengahkan originaliti mereka sendiri.Muzik As-Sahar sedikit berubah kerana diiringi oleh proses kematangan mereka.
Asalnya album ini dikeluarkan di Singapura oleh BlackWind Production dengan tajuk SANTAU pada tahun 1995.Nebiula Production mengeluarkanya semula untuk pasaran tempatan pada tahun 1995 dengan mengubah kulit album,tajuk dan tambahan sebuah lagu bonus iaitu,Strool In Kafan.Meditation embun Pagi @ Santau secara drastiknya telah menukar penampilan luaran dan dalaman mereka.Pada kali ini mereka telah meniru jejak langkah kumpulan Langsuir dengan menggunakan konsep lirik ketimuran,berbeza dengan promotape 1993 atau demo kedua mereka Primitively Eastern Winds (1993) yang begitu berpengaruhkan konsep lirik kebaratan.Dua lirik didalam album itu telah disumbangkan oleh BATARA GURU gitaris dari Langsuir.
As-Sahar dahulunya ditubuhkan dengan menggunakan nama yang berbeza-beza sejak tahun 1987 dan mengakhiri nama mereka dengan nama Ethos pada awal 90an.Ethos bukan sebuah kumpulan Black Metal seperti mana As-Sahar, mereka merupakan sebuah kumpulan death/thrash metal dengan lirik berunsurkan politik.Demo sulung Ethos lahir pada tahun 1992 bertajuk Beyond The Reality. Sebelum produk ini diberi nama Santau |
|
(kemudian Meditation Embun Pagi) tajuk asalnya ialah Depressive Moonsoon tetapi apabila Langsuir tampil dengan satu pembaharuan yang memberansangkan mereka telah membubarkan As-Sahar lama mengikuti seperti kumpulan Langsuir.Album ini dikeluarkan semula bersama demo Primitively Eastern Winds dalam sebuah album dalam tahun 1997.Album pertama mereka Phenomistik lahir pada tahun 1997 tetapi tidak sehebat Meditation Embun Pagi.Meditation Embun Pagi juga menyaksikan pemain dram asal mereka Uriel membawa haluan sendiri selepas produk ini.
LANGSUIR (THE EASTERN CRUELTY 1997)
Satu diantara keluaran hebat dari artis Nebiula Production.Dirakamkan pada tahun 1996 tetapi dikeluarkan pada tahun 1997.Ini merupakan dari hasil kumpulan Langsuir yang begitu ditunggu-tunggu oleh pengikut mereka sejak demo Occultus Mysticism ditahun 1993 yang mengejutkan dan membawa satu kelainan dalam dunia muzik underground di malaysia diwarnai oleh orginaliti mereka yang tersendiri.The eastern Cruelty sebenarnya adalah lagu-lagu lama mereka sejak tahun 1993.Muzik mereka pada kali ini lebih teknikal black/death metal dengan kedatangan pengaruh black metal yang mencampuri penampilan mereka.Terdapat sebuah lagu cover iaitu Pontianak yang diubah sedikit melodinya sebuah lagu Tangisan Embun Pagi yang liriknya berinspirasikan puisi melayu klasik.karya ini telah mengejutkan generasi baru underground tempatan.
Banyak kumpulan -kumpulan underground tempatan yang telah dipengruhi oleh album mini The Eastern Cruelty,boleh dikatakan hampir 80% terikut-ikut dengan mereka dan As-Sahar.Album mini ini semestinya sebuah album/produk yang paling ulung pada tahun 1997 setelah proses pengeluaranya tertangguh diatas beberapa sebab.Ianya telah dikeluarkan semula pada tahun 1999 dan disatukan bersama-sama demo Occultus mysticsm dalam sebuah album kompilasi bertajuk Riugnal.Pada pendapat saya demo ini harus dikekalkan statusnya dalam dunia underground dan tidak perlu dikeluarkan untuk pasaran mainstreem kerana ianya salah satu lagenda'underground cult' di Malaysia dan memiliki status klasik.
Lebih bermakna kalau ianya dibiarkan tersimpan dalam dunia underground kerana disinilah tempatnya yang paling sesuai.The Eastern Crulety adalah kemuncak karier mereka kerana selepas ini lagu yang mereka hasilkan untuk album kompilasi 'Ipoh Metal Militant' tidak bermaya untuk ditonjolkan.Sebagai mempunyai kekuatan originaliti seperti The Eastern Crulety,masih ingat lagi sekitar 1997 apabila album mini ini baru dikeluarkan,Shyaithan (impiety) pernah menyuarakan pendapatnya kepada saya bahawa ini adalah keluaran terhebat pada tahun 1997 dari arena ekstrim metal tempatan dan sehingga kini saya masih memengang kata-kata itu kerana ianya tepat sekali.Langsuir mambawakan kekejaman sihir muzik dari timur.
STORM OF NEBIULA CHAPTER 2 (ALBUM 1998)
Kompilasi yang mencampur-adukan kumpulan tempatan dan Singapura.Nama-nama seperti Silent Death,As Sahar atau Heloisa sudah tentu membuatkan keinginan kita 'lapar' untuk kita mendengarnya.Ini dighairahkan lagi dengan lagu-lagu dari Storm Of Nebiula volume 2 yang semuanya dirakam khas untuk kompilasi ini kecuali Heloisa yang dipetik dari album petama.Kumpulan-kumpulan yang terlibat ialah Mistik dengan dua buah lagu mereka yang cukup ajaib,Silent Death kumpulan veteran tempatan,Hail dari Singapura,Mesmerized hasil gabungan Jaie Jokhannaz (Sil Khannaz) dan Jadam (Gorb)kumpulan Heloisa yang ketika itu baru mengeluarkan album pertama Mirror Of Trinity,projek solo gitaris Metallasia yang bernama King Shah,sebuah lagu terbaru dari As Sahar dan rakan seperjuangan dan senegara dengan mereka eternal Throne.
Storm Of Nebiula adalah album kompilasi tempatan kedua terhebat selepas 'Ipoh's Metal Militant'.Ini disebabkan lagu-lagu yang didendangkan belum pernah dikeluarkan dimana-mana sebelum ini dan lagu-lagunya ada yang hebat seperti Mistik,Hail,Mesmerized dan As Sahar.Kulit album Storm Of Nebiula juga adalah diantara yang terunik dari cover album-album keluaran Nebiula Production.Kompilasi Storm Of Nebiula dikeluarkan pada tahun 1998,dua tahun selepas Storm Of Nebiula volume pertama ditahun 1996.Jika ingin mendengar sentuhan terbaru dari kumpulan seperti Silent Death,As Sahar atau Mistik yang belum pernah dikeluarkan dimana-mana labum,hubungi Nebiula Production untuk sebarang pertanyaan. |